SULTAN JOHOR: FAHAMI PROTOKOL PENGIBARAN BENDERA
Mar 3, 2018
PROTOKOL BENDERA JOHOR
[ ARTIKEL BERKAITAN >>> MEMBEKAL DAN MENJUAL BENDERA MALAYSIA DAN JOHOR ]
SULTAN JOHOR: FAHAMI PROTOKOL PENGIBARAN BENDERA
DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini membimbing serta memberi kefahaman mengenai protokol dan etika pengibaran bendera.
Baginda bertitah, perkara ini penting untuk memberi panduan kepada pelbagai pihak termasuk masyarakat secara keseluruhan di samping dapat memperkasa kedaulatan Negeri Johor.
“Kekemasan bendera juga perlu diberi perhatian kerana saya melihat ada bendera yang dikibarkan sudah usang dan koyak.
“Perkara-perkara seperti ini perlu diberikan perhatian oleh PBT termasuk mengenai protokol serta susunan pengibaran bendera,” titah Baginda.
Tuanku Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam pertemuan bersama Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis Daerah di Kelab Polo DiRaja Johor, Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada Isnin lalu (26 Feb).
Baginda bertitah lagi, bendera yang reput dan rosak tidak boleh dibuang merata tempat, sebaliknya dilupuskan dengan cara yang betul.
- Royal Press Office -
0 comments:
Post a Comment